27 Ogos 2024
 
Lawatan dari Don Bosco Salesian Sister, Filipina telah tiba di Politeknik Port Dickson pagi ini. Disambut meriah dengan persembahan dari pelajar di bawah seliaan Unit Kebudayaan, JSKK Politeknik Port Dickson disusuli dengan lawatan ke Galeri Anjung Si Rusa sebagai tanda penghargaan dan ucapan selamat datang dari warga PPD kepada delegasi.
 
Turut berlangsung pada hari ini di Dewan Wawasan, Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Horizon Baharu dan delegasi berpeluang mengunjung pameran program tersebut.