26 Ogos 2024 (Isnin)

MALIGAYANG PAGDATING SA MALAYSIA...........
 
Ketibaan delegasi The Don Bosco Salesian Sisters, Filipina bagi Academic Programme of TVET Institutions In Malaysia.
 
Lawatan ini akan melibatkan pelbagai aktiviti termasuk tinjauan ke fasiliti-fasiliti kampus, sesi perbincangan bersama kakitangan akademik dan pentadbiran, interaksi bersama para pelajar, lawatan industri.
 
Delegasi ini akan menilai, melihat dan belajar daripada amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh Politeknik Port Dickson, yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan standard institusi mereka sendiri dalam mencapai akreditasi APACC.