23 Ogos 2024 (Jumaat)

Tahniah dan syabas kepada pelajar Diploma Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson Aqil bin Mohamad Hatta di atas kejayaan memenangi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Building Information Modelling (BIM) China-ASEAN Education Cooperation Week Skills Competition of TVET Institutions 2024 (19 - 25 Ogos 2024), anjuran Guizhou Polytechnic of Construction, China.
 
Program ini adalah kesinambungan daripada kejayaan Politeknik Port Dickson memenangi 2 pingat perak pada tahun 2023.
 
Jurulatih Building Information Modelling (BIM) dari Centre of Architecture Technology (CArT), PPD ialah En. Ahmad Qusyairi bin Ahmad Khairiri, Pn. Zurika Amnah @ Salmi binti Mohtar dan Pn. Norliza binti Johan.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta.