Rabu, 21 Ogos 2024
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON BERHAD KALI KE 30
 
Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi PPD Berhad kali ke-30 di Dewan Kuliah 5, Politeknik Port Dickson.
 
Turut diadakan Majlis Penyerahan Dermasiswa Koperasi utk pelajar-pelajar Sesi 1 2024/2025 oleh Tn Hj Shahrul Kamil bin Yunos.
 
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah dimenangi oleh pelajar dan juga staf yang merupakan anggota Koperasi seperti Samsung Tablet, 'gold bar', mesin 'printer' dan banyak lagi.
 
Sepanjang 31 tahun penubuhan Koperasi PPD Berhad telah banyak memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar dan pengurusan Politeknik Port Dickson dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program akademik, sukan mahupun kebajikan.
 
Semoga Koperasi PPD Berhad terus maju dan berjaya menjadi peneraju dalam bidang perniagaan koperasi.