21 Ogos 2024 (Rabu)
 
Unit Pentadbiran telah mengadakan Bengkel pengisian dan pengemaskinian sasaran kerja utama (SKU) secara bersemuka di Bilik I-Tech Pusat Inovasi. Secara keseluruhannya bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta. Bengkel ini disasarkan kepada Ketua-ketua jabatan/unit serta pentadbir SKU di peringkat jabatan/unit yang telah dilantik.
 
Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan proses mengunci masuk Sasaran Kerja Utama (SKU) di peringkat jabatan/unit dapat dilaksanakan dalam usaha menyokong pembangunan submodul Myperformerce.