18 Ogos 2024 - Syabas dan tahniah kepada kumpulan pelajar Diploma Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson yang telah memenangi tempat pertama kategori Vlog Kreativiti dan Inovasi Terbaik, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 di dalam Pertandingan Jejak Warisan Kebangsaan dan UNESCO (JIWAKU 2024) bersempena Festival PolyCC 2024.
 
Pertandingan ini disertai seramai 88 peserta dari seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
 
Tahniah atas kejayaan ini.