16 Ogos-18 Ogos 2024

iFUTURE 2024 INTERNATIONAL FUTURE LEADERS SUMMIT
 
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan INTERNATIONAL FUTURE LEADERS SUMMIT (iFUTURE) 2024 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
 
Sasaran peserta bagi program ini adalah pemimpin pelajar daripada Universiti Awam dan Antarabangsa yang melibatkan jumlah peserta adalah seramai 1,000 orang.
 
Terdapat 4 elemen yang akan diserap di dalam modul program ini termasuk Asas Kepimpinan, Pemikiran Kritis, Kemahiran Pengucapan dan Penampilan serta Strategik.
 
YDP MPP PPD, Saudari Elintan Dewi Norastuti telah mengambil bahagian di dalam program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi, menunjukkan minat yang tinggi terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.