18 Ogos 2024 (Ahad)
 
Telah berlangsung Aktiviti Penanaman 1000 anak pokok Bakau di Pantai Cermin Tanjung Tuan pada 17/8/2024 anjuran MBSB Bank dengan kerjasama Malaysian Nature Society.
 
Program yang dianjurkan telah disertai oleh 150 orang sukarelawan yang terdiri daripada 80 orang Kelanasiswa Politeknik Port Dickson yang merupakan pelajar semester 1 sehingga semester 4.
 
Terdapat dua jenis spesis bakau yang telah ditanam iaitu Bakau Minyak (_Rhizophora Apiculata_) dan Bakau Kurap (_Rhizophora Mucronata_).
 
Kawasan yang dilakukan penanaman bakau merupakan kawasan hutan paya laut Tanjung Tuan yang pernah terjejas ekoran tumpahan minyak pada 13 Oktober 2020. Diharapkan dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh pelajar yang terlibat dapat mengembalikan ekosistem hutan paya bakau yang terjejas serta memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Politeknik Port Dickson. Semoga kelestarian alam dapat dipelihara demi generasi masa hadapan.