17hb Ogos 2024 - Program CSR, Sambutan Bulan Kemerdekaan bersama Penasihat Akademi & Komuniti Setempat.
 
Program ini telah dilaksanakan bersama pelajar-pelajar Diploma Senibina Semester 5A, Jabatan Kejuruteraan Awam dan diketuai oleh penasihat akademiknya iaitu Ts. Siti Amirah Mohtaram.
 
Ia merupakan salah satu program khidmat komuniti di Taman Jasmin, Senawang, Negeri Sembilan, bagi membuat persediaan sambutan bulan kemerdekaan.
 
Para pelajar bersama komuniti setempat mencantikkan kawasan taman melalui lukisan Mural & penanaman pokok bunga.