Kumpulan pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson telah berjaya memenangi pingat perak dalam Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx2024) kategori Teaching & Learning yang telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, POLIMAS Kedah pada 14 hingga 15 Ogos 2024.
 
Dalam kategori ini terdapat 59 penyertaan pasukan dari pelbagai institusi dalam dan luar negara.
 
Tahniah diucapkan kepada pasukan Politeknik Port Dickson khususnya Jabatan Kejuruteraan Mekanikal atas pencapaian yang sangat membanggakan ini.
 
Semoga PoliPD terus cemerlang dalam menghasilkan produk-produk inovasi yang boleh diaplikasikan seterusnya membantu komuniti sasaran.