15 OGOS 2024 (Khamis)
 
BENGKEL INNOPRENEUR 2.0
 
Program ini telah berlangsung pada 14 & 15 Ogos 2024 melibatkan 15 institusi PolyCC Zon Melaka & Negeri Sembilan yang terdiri daripada 11 buah Kolej Komuniti dan 4 buah Politeknik. Jumlah peserta adalah 90 orang iaitu melibatkan 60 orang pelajar dan 30 orang mentor.
 
Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Ahmad Zaidi bin Mispan dan tetamu kehormat iaitu Encik Amalulkhair bin Sarbini, Pengarah KK Jempol merangkap pengerusi Unit Keusahawanan Melaka & Negeri Sembilan.
 
Urusetia terdiri daripada KU Keusahawanan zon Melaka & Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas diucapkan.