15 Ogos 2024 (Khamis)
 
PROGRAM _CIVILIAN MILITARY COOPERATION_ (CIMIC) BERSAMA KOMPENI RHINO DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON
 
Program CIMIC yang berlangsung pada 14 Ogos 2024 di Markas Kompeni Rhino, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan telah melibatkan 3 orang pegawai dan 352 orang pelajar politeknik adalah program tentera bersama dengan komuniti yang bertujuan untuk menghubungkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama dengan rakyat.
 
Antara aktiviti yang telah dianjurkan dalam program tersebut adalah Taklimat Kerjaya ATM, _High-Intensity Interval Training_ (HIIT) dan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola tampar bersama pelajar politeknik.
 
Ketua Kompeni Rhino sebagai mewakili Pengarah Politeknik Port Dickson telah menerima cenderahati daripada wakil Akademi Tentera Darat (ATD). Secara keseluruhan, program CIMIC yang diadakan buat julung kalinya telah selesai dengan jayanya. Tahniah dan syabas terutama kepada Jawatankuasa Kompeni Rhino dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.