13 Ogos 2024 (Selasa)

PROGRAM OPENING YOUNG EYES (OYEs!) Politeknik Port Dickson.
 
Seramai 40 orang anak yatim sekitar Port Dickson telah hadir ke Politeknik Port Dickson dalam program anjuran bersama Yayasan Anak-anak yatim Malaysia & Politeknik Port Dickson.
 
Program ini telah diurusetiakan oleh Unit Komunikasi Korporat, Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi), Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRSP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Port Dickson.
 
Program ini juga turut melibatkan penglibatan guru bimbingan kaunseling. Sebanyak 8 sekolah yang terlibat iaitu:
 
1. SMK Pasir Panjang
2. SMK Yam Tuan Radon
3. SMK Bukit Saujana
4. SMK Taman Intan Perdana
5. SMK Tinggi Port Dickson
6. SMK Raja Jumaat
7. SMK Datuk Abdul Samad
8. SMK Kampung Baru Si Rusa
 
Pengisian aktiviti pada program opening Young Eyes ini adalah ice breaking, wacana TVET dan Jerayawara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Port Dickson.
 
Program sebegini memberikan peluang kepada anak-anak yatim melihat dengan lebih dekat sistem pembelajaran TVET di Politeknik Port Dickson. Ini merupakan sebuah peluang yang terbaik untuk mempromosikan Politeknik kepada komuniti Pelajar.