31 Julai 2024 (Rabu)

Pengurusan Politeknik Port Dickson telah menerima undangan untuk mengadakan sesi pembentangan khas di Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan pada pagi ini (Rabu, 31hb Julai 2024 bersamaan 25 Muharram 1446 Hijri).
 
Delegasi PPD diketuai Tuan Haji Hasan bin Mohd Sharif (Pengarah), YM Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Abdul Rahman (Timbalan Pengarah Akademik), Cik Umi Syahidah binti Anuari (Ketua Jabatan Pengajian Am), Al Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Samad (Pengerusi Pusat Islam) dan Al Fadhil Ustaz Mohd Sabri bin Alias (Pensyarah Kanan JPA).
 
Perbincangan dua hala telah mencapai persefahaman dan diharapkan beroleh keputusan yang bermanfaat dan kebaikan untuk warga PPD pada masa hadapan, insha Allah.