28 JULAI 2024 (Ahad)

Majlis Istiadat Perbarisan & Penganugerahan (IPP) Negeri Kelanasiswa Malaysia (KSM) Peringkat Kebangsaan kali ke-8 Tahun 2024 yang dilaksanakan pada 28 Julai 2024 meraikan 6 pemimpin daripada Kelanasiswa Malaysia Politeknik Port Dickson yang dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negera (SKKPN) Tahun 2023 yang disampaikan oleh YBhg. Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin bin Bidin, Ketua Pengakap Negara.
 
SKKPN dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.
 
Tahniah kepada semua penerima SKKPN:
 
1. Pn. Norbaya Binti Omar
2. En. Mohd Hisham Bin Md Said
3. Pn. Noor Asilah Binti Yaacob
4. Pn. Noorziawati Binti Mohd Sahap
5. En. Mohamad Zamri Bin Muhamad
6. Pn. Nor Shahima Binti Othman