Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Mantan Timbalan Pengarah (Akademik) En. Abdul Rahim bin Ibrahim, bertukar keluar sebagai Pengarah Kolej Komuniti Jelebu dan Mantan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) En. Razali bin Bakri yang berjaya dalam pemangkuan ke Gred DH52 dan dilantik sebagai Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah.
 
Majlis penyerahan serah tugas disaksikan oleh Ybrs Tuan Haji Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson.
 
Politeknik Port Dickson mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ts Dr. Hj. Engku Shahrulerizal bin Hj. Engku Ab Rahman sebagai Timbalan Pengarah (Akademik) dan En. Ahmad Zaidi bin Mispan sebagai Timbalan Pengarah Sokongan Akademik yang berkuatkuasa secara rasmi bermula 28 Jun 2024.