28 Jun 2024 (Jumaat)

Bengkel Persediaan dan Pengukuhan Politeknik Port Dickson bagi penyertaan ke Pertandingan Kemahiran Polyccskills 2024 di Politeknik Sultan Azlan Shah dan Politeknik Ungku Omar dari 1-4/7/2024.
 
Satu Bengkel Persediaan dan Pengukuhan Politeknik Port Dickson ke Pertandingan Kemahiran Polyccskills 2024 anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah diadakan seperti berikut:
 
Tarikh: 24-29/06/2024(Isnin-Sabtu)
Masa : 8.00 pg-6.00 ptg
Bidang kemahiran yang disertai: 13 Bidang
Jabatan Kejuruteraan Awam(Bricklaying, Digital Constructions, Carpentry, Joinery dan Painting and Decorating)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Electronics)
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Automobile Technology, Drone Technology, Mechatronics, Mechanincal CAD dan Welding)
Jabatan Perdagangan ( Accounting dan Stenografi)
Staf yang terlibat: 25 orang
Penyertaan Pelajar: 20 orang
 
Objektif bengkel ini diadakan ialah meningkatkan Kemahiran praktikal, pemantapan Teori dan Amali, penguasaan Teknologi terkini dan meningkatkan Keyakinan Diri dalam menyelesaikan persoalan masalah yang diberikan.
 
Semoga penyertaan kontinjen Politeknik Port Dickson ke Pertandingan Kemahiran Polyccskills 2024 di Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) pada 1-4/7/2024 dipermudahkan segala urusan dan Insya Allah diberikan kejayaan dan kemenangan atas izinNya.