21hb Jun 2024 (Jumaat)
 
Sekitar sesi lawatan penandaarasan pasukan Centre of Building Technology (CoBTech) Politeknik Melaka ke Centre of Architecture Technology (CArT), di Politeknik Port Dickson (PPD) pada 20hb. Jun 2024 (Khamis).
 
Delegasi yang diketuai oleh En. Norhafizan bin Majid; Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, telah disambut baik oleh pihak Pengurusan JKA; Ts. Dr. Hj. Engku Shahrulerizal bin Hj. Engku Ab Rahman (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam) dan Pengurus CArT; Puan Isma Zaida binti Din serta barisan staf Program Senibina.
 
Pasukan CoBTech yang hadir adalah seramai 7 orang bertujuan untuk mendapatkan perkongsian Amalan Baik dari pasukan CArT PPD. Semoga sesi perkongsian yang telah berlangsung dapat memberi impak positif kepada kedua belah pihak seterusnya mengukuhkan jalinan kerjasama yang lebih baik.