Program Penilaian Pemeriksa Luar Portfolio Diploma Seni Bina Sesi II : 2023/2024
 
Tarikh: 10hb Jun 2024
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Kompleks Akademik PPD 
 
Program bersama Panel Industri yang terdiri daripada IAC, IAP, Alumni PPD, Rakan Kolaborasi serta Arkitek Profesional ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan pengisian aktiviti penilaian portfolio Kursus Design Studio Semester 4 &5 dan perbincangan maklumbalas kursus-kursus Design Studio 1, 2 & 3 serta Kursus Lukisan kerja. Program diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Politeknik Port Dickson, Tn Hj Hasan bin Mohd Sharif, Timbalan Pengarah (Akademik) En Abdul Rahim bin Ibrahim dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) En Razali bin Bakri.
 
Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi mendapatkan maklumbalas sesuai dengan kehendak industri demi menjamin graduan yang berkualiti.