Wacana TVET Madani, Sempena Hari TVET Negara
 
Politeknik Port Dickson telah mengadakan program Wacana TVET Madani, Sempena Hari TVET Negara 2024 peringkat Negeri Sembilan pada 28 Mei 2024 (Selasa). Program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Program Wacana TVET Madani, Sempena Hari TVET Negara ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Ismail Bin Hj. Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.
 
Tujuan perlaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan bidang TVET kepada masyarakat, khususnya para pelajar dan belia berkaitan pendidikan dan latihan dalam bidang teknikal dan vokasional di samping mempromosikan peluang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh Institusi TVET. Program ini melibatkan lebih kurang 300 pelajar sekolah menengah tingkatan 5 sekitar Port Dickson dan pelajar Kolej Uniti untuk menyertai aktiviti lawatan Bengkel Kejuruteraan, pameran TVET dan forum TVET bertajuk “Laluan Masa Depan”.
 
Aktiviti pameran telah melibatkan jabatan-jabatan akademik Politeknik Port Dickson, Kolej Komuniti sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau dan Institut Latihan Perindustrian Pedas turut sama menyertai pameran pada Wacana TVET Madani. Pada hari yang sama juga diadakan Hari Terbuka Politeknik di mana semua pelajar lepasan SPM 2023 atau mana-mana komuniti yang berminat menyambung pengajian di politeknik atau kolej komuniti telah hadir menyertai program ini.