24 Mei 2024 (Jumaat)
 
Tuan Haji Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson telah menerima kunjungan hormat Puan Nurhazelin binti Makli, Puan Pegawai Daerah Port Dickson.
 
Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Port Dickson Bil. 5/2024 di Bilik Persidangan PPD.
 
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pegawai Daerah Port Dickson dan Ahli Mesyuarat JTPD atas kesudian berkunjung ke Politeknik Port Dickson.