15 Mei 2024

Majlis sambutan dilaksanakan secara ringkas dengan memberikan tumpuan kepada Ikrar Belia Malaysia (IBM) sebagai intipati sambutan di Dewan Kuliah 5 Politeknik Port Dickson, telah berlangsung secara ringkas Sambutan Hari Belia Negara Peringkat PPD bagi tahun 2024.
 
Saudara Mohamad Adham Haiqal bin Mohd Shahril, Naib Yang Dipertua III (Kelab dan Persatuan), Jabatan Kejuruteraan Elektrikal telah memimpin bacaan Ikrar Belia Malaysia kali ini yang merupakan iltizam belia, pewaris kesinambungan negara.
 
Seramai 200 peserta turut hadir bagi menjayakan pengisian yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan, para pensyarah serta pelajar yang berada di Bangunan Akademik dan Dewan Kuliah yang berkesempatan hadir kali ini.
 
PPD juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 2 pelajar kita, saudara Mora Bongsu bin Abdul Rahman dan saudara Neelish Ram a/l Saravanan yang terpilih penerima Anugerah Hari Belia Negara peringkat Daerah Port Dickson yang sambutannya dilaksanakan di Dewan SMK Datuk Muhammad Yusof, Linggi.
 
Dengan laungan tema sambutan HBN tahun ini Belia Malaysia Yakin Boleh diharapkan belia negara khususnya pelajar di Politeknik Port Dickson dapat memacu jatidiri yang seimbang baik jasmani, emosi, rohani dan intelektual selari matlamat “Belia Malaysia, Yakin Boleh”.