Pada 10 Mei 2024 yang lalu, Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Program Peers Politeknik E-sport Championship bertempat di Dewan Wawasan. Program ini mendapat sambutan yang meriah dengan 72 peserta menyertai program ini.

Peers Politeknik E-sport Championship dimulakan dengan majlis pembukaan dan perasmian oleh Pengarah Program, Ibrahim Redhallah bin Mohd Shamsir dan Ketua Unit Psikologi, Puan Tiong Sok Leng.

Pembukaan untuk Mlbb dimulakan oleh Pasukan Mat Rem melawan Pasukan Makan Malam dan Makan Malam memenangi perlawanan pembukaan.

Pro Evolution Soccer (Pes) mendapat saingan yang sengit di mana semua memberikan saingan yang hebat dan juga Magic Chess mendapat sambutan yang hangat daripada para peserta.

Seterusnya, sementara peserta berlawan Pembimbing Rakan Siswa membuka gerai jualan untuk menjana dana. Selepas Maghrib kami menerima kunjungan daripada penaja ParaPejalan iaitu Encik Syamsuri.

Akhir sekali, majlis penutup mendapat sambutan yang hangat daripada para peserta dan penonton bersorak dengan riang pada final mlbb. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Pegawai Unit Psikologi iaitu Puan Asyikin binti Ahmad.