07/05/2024 - Selasa
 
Pada 6 &7 Mei 2024 Unit Aset & Stor mengadakan Kursus Pengurusan Aset dan Stor bertempat di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson.
 
Seramai 125 orang peserta pegawai kakitangan PPD terlibat dan penceramah jemputan adalah Encik Dewitt Ferrer David Jones dan Encik Muhammad Zulkarnain bin Romzi wakil dari Unit Pengurusan Aset dan Stor, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPPKK untuk memberi taklimat kursus selama dua hari.
 
Antara objektif kursusini adalah menerangkan prinsip asas serta kaedah pengurusan aset alih kerajaan yang berkenaan sebagaimana yang ditetapkan di dalam pekeliling perbendaharaan.
 
Oleh itu, segala objektif kepada pelaksanaan kursus ini dapat memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih terkini dan Pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Stor di Politeknik Port Dickson.