Tahniah buat pelajar DAT, Abu Bakar bin Angking yang telah berjaya mara ke peringkat akhir PolySTrac 2024. PolyStrac 2024 adalah program dagangan saham secara maya menggunakan aplikasi jualbeli saham yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia Berhad di bursamarketplace.com.
 
Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson telah menghantar 8 orang peserta daripada pelajar DAT ke Kursus Asas Pemilihan Saham pada 5-6 Mac yang lalu. 12 peserta dengan jumlah untung tertinggi telah dipilih ke peringkat akhir untuk membuat pitching.
 
Tahniah buat jurulatih Pn. Raja Nazima dan Pn. Nur Aishah. Walaupun mendapat saguhati, pengalaman yang diperoleh amat berharga dan tidak ternilai.
 
Hadiah disampaikan oleh En. Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK di dalam majlis penutup pada 30 April yang lalu.