26-28 April 2024
 
Kelanasiswa Politeknik Port Dickson (PPD) menganjurkan Kem Kemahiran Pengakap Laut di kem Pengakap Melaka Pengakalan Balak, Melaka. seramai 20 orang peserta kelanasiswa politeknik Port Dickson telah menjalankan Vigil dan berjaya diiktirafkan sebagai ahli Pengakap Kelana. Pemakaian epolet kelana oleh ADC Kelanasiswa Politeknik Port Dickson, Tn Zulkurnain, Dr Alias dan Tn Mohd Hisham pada majlis penutup.
 
Kem Kemahiran Pengakap Laut merupakan satu elemen yang wajib dilaksanakan oleh Kelana Pengakap Laut bagi mencapai matlamat dan kemahiran dalam pengakap keperlautan. Aktiviti-aktiviti asas laut dikendalikan oleh jurulatih Pengakap Laut Melaka. Kem ini juga dilaksanakan bagi memenuhi sukatan pembelajaran ko-kurikulum Pengakap Kelana 1 seperti vigil, perlantikan ahli Kelana, projek mini pioneering, ikhtiar hidup, kompas dan perkhemahan.
 
Kelanasiswa PPD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada:
 
En Noor Azmi bin Ujang, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Melaka
En Jasmi bin Hasan, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Masjid Tanah
En Muhammaddin bin Janudin, Setiausaha Latihan Pengakap Negeri Melaka
di atas kerjasama dan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan sepanjang kem berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat diamalkan dan membantu peserta di masa akan datang.