25 APRIL 2024 | KHAMIS
Karnival MathSComp 2024
 
Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer (JMSK), Politeknik Port Dickson telah menganjurkan aktiviti Karnival MathSComp 2024. Seramai 618 orang pelajar telah menyertai Program Karnival MathSComp 2024 yang berlangsung di Dewan Wawasan dan sekitar kampus Politeknik Port Dickson.
 
Terdapat empat (4) aktiviti utama yang telah dilaksanakan sepanjang program iaitu aktiviti ilmiah Matematik dan Sains Kejuruteraan (Game Based Learning, Pertandingan Windmill Project Model System dan Fun Day Explorace), aktiviti psikologi dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi PPD (Program Motivasi: Kenali Potensi Diri), aktiviti Kelab Astronomi serta kolaborasi bersama Baitul Hilal, Teluk Kemang (Pertandingan Roket Air Bersasar, pameran dan Aktiviti Cerapan Matahari) dan aktiviti keusahawanan dengan kerjasama Unit Keusahawan PPD.
 
Selain itu, Kelab Astronomi PPD telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson pada Majlis Perasmian Penutup Karnival MathSComp 2024.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Jawatankuasa staf & pelajar yang bertungkus lumus dalam menjayakan program yang dirancang.