25 APRIL 2024 – Telah berlangsung sebentar tadi sesi lawatan penandaarasan pasukan APACC CIAST di Politeknik Port Dickson. Delegasi yang diketuai oleh En. Jamil Bin Yahya; Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) CIAST, telah disambut baik oleh Pengurusan Tertinggi PPD; En. Razali Bin Bakri (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PPD), Ketua Unit Jaminan Kualiti & Akreditasi; Puan Suriani Nazaruddin, Team Leader APACC Pn. Teng Yee Ling Susan dan barisan WGL serta PPD APACC Anchor Team.
 
Pasukan APACC CIAST yang hadir adalah seramai 34 orang bertujuan untuk mendapatkan perkongsian Amalan Baik dari pasukan APACC PPD diatas pengiktirafan tertinggi PLATINUM yang dirangkul dalam sesi audit pada Mac tahun lalu.
Perkongsian Amalan Baik (Dari Perspektif Pengurusan Tertinggi) telah disampaikan oleh En. Razali Bin Bakri. Manakala En. A. Azman Bin Ahmad; selaku Ketua Auditor Dalaman PPD telah menyampaikan sesi perkongsian Amalan Baik Strategi Audit Dalaman. Majlis disambung dengan sesi perkongsian Amalan Baik dari Perspektif APACC Anchor Team yang telah dibentangkan oleh Pn. Noor Alina Binti Namami (APACC Self-Study Editor PPD).
 
Semoga sesi perkongsian yang telah berlangsung dapat memberi impak positif kepada kedua belah pihak seterusnya mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua agensi.
Politeknik Port Dickson mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA BUAT PASUKAN APACC CIAST!