PERHIMPUNAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN & MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN
 
Jumaat, 19 April 2024 bertempat di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Seramai 354 orang pelajar dari ketiga-tiga program DAT, DPR dan DSK telah menerima sijil Anugerah Ketua Jabatan untuk keputusan peperiksaan sesi I : 2023/2024. Majlis turut diselingkan dengan slot motivasi oleh En. Jamaludin bin Suhaimi dari BKP Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.
 
Terima kasih buat para pensyarah Jabatan Perdagangan yang sudi menyumbangkan kudapan jamuan raya kepada para pelajar.
Semoga para pelajar lebih bersemangat untuk belajar pada sesi ini bagi mendapat keputusan yang lebih cemerlang.