4 April 2024 (Khamis)
 
YB Datuk Faizal bin Ramli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi melancar dan turut sama menyampaikan 40 Bakul Kasih Ramadan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Port Dickson (PPD) kepada masyarakat di 14 buah kampung sekitar Port Dickson.
 
Beliau diiringi Tuan Hj. Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah PPD, En. Razali bin Bakri, Timbalan Pengarah PPD, En. Razak Ismail, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pensyarah dan pelajar JKE PPD. Juga telah mendapat kerjasama dari semua 14 Ketua Kampung dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson.
 
Semua staf JKE PPD telah mengumpulkan dana untuk membeli barang keperluan bagi menyediakan Bakul Kasih Ramadan dan merupakan acara tahunan sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Semoga sumbangan ini meraih Rahmah & mendambakan Mardhatillah Allah SWT.