22 Februari 2024 (Khamis)
 
Telah berlangsung Majlis Apresiasi Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) 2023 bertempat di Pusat Sumber, Perpustakaan Politeknik Port Dickson.
Majlis ini dianjurkan oleh UPIK, PPD bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf para pensyarah Politeknik Port Dickson yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang bagi tahun 2023 dalam dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
 
Terdapat 8 penghargaan/anugerah telah diberikan iaitu:
 
i) Penghargaan Pencapaian Cemerlang KPI 13 2023 – Kategori Jabatan
ii) Penghargaan Pencapaian Cemerlang KPI 14 2023 – Kategori Jabatan
iii) Penghargaan Pencapaian Cemerlang KPI 13 2023 – Kategori Pensyarah
iv) Penghargaan Pencapaian Cemerlang KPI 14 2023 – Kategori Pensyarah
v) Anugerah Ikon Inovasi 2023
vi) Anugerah Ikon Penyelidikan 2023
vii) Anugerah Ikon Penerbitan
viii) Anugerah Jasa Bakti Penyelidikan dan Inovasi 2023
 
Anugerah-anugerah ini telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Port Dickson Tn. Hj. Hasan bin Mohd Sharif. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik En. Abdul Rahim bin Ibrahim dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Razali bin Bakri.
 
Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah. Diharapkan anugerah ini menjadi satu landasan kepada para pensyarah yang telah mencapai kejayaan untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada pensyarah yang baru hendak bermula dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan inovasi.