17 & 18 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)

Kursus Pemula Kelab Astronomi telah diadakan bersama dengan ahli Kelab Astronomi di bawah naungan JMSK. Seramai 20 orang ahli kelab telah diringi oleh Puan Nur Hafezah binti Md Yasin dan Puan Azeliana binti Embong.
 
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua ahli kelab tentang astronomi. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kompleks Baitul Hilal, Majlis Agama Negeri Sembilan (MAINS).
Program ini bertempat di Corus Paradise Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya adalah ceramah tentang konsep asas astronomi, pengenalan peralatan cerapan dan cara membaca peta Bintang.
Aktiviti-aktiviti ini telah disampaikan oleh aktivis Astronomi iaitu Cik Nurul Fatini Jaafar.
Kelab Astronomi ini ditubuhkan adalah hasil dari Kerjasama antara Politeknik Port Dickson dan Kompleks Baitul Hilal, Majlis Agama Negeri Sembilan.