Program Kesedaran Integriti bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan serta Sesi Ikrar Bebas Rasuah di Politeknik Port Dickson.
Program ini dianjurkan oleh Unit Pentadbiran, Politeknik Port Dickson.
 
Program ini diharap dapat memberi perkongsian berkaitan integriti melibatkan pelaksanaan tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan. Disamping memberi pendedahan dan kesedaran kes-kes yang boleh mendedahkan kepada amalan rasuah.
Terima kasih penceramah dari Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Ir. Abdul Hanif Bin Kamaludin, Jurutera Kanan Awam dan Puan Normaliza binti Jaafar, Penolong Kanan Penguasa, SPRM Negeri Sembilan.
 
Sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah dipimpin oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Razali bin Bakri serta tandatangan Borang Akuan Bebas Rasuah dengan disaksikan oleh wakil SPRM, Tuan Subahar a/l Subramaniam, Penguasa Kanan SPRM Negeri Sembilan.