14 Februari 2024
 
Jabatan Pengajian Am, PPD dengan kerjasama JHEAINS telah mengadakan Program Say No To Valentine's Day bertempat di Politeknik Port Dickson dengan penglibatan seramai 600 orang dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
 
Program dimulakan dengan Taklimat Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS.
 
Pengisian majlis yang cukup bermakna ini diteruskan dengan forum yang disampaikan oleh Panel 1, Ustaz Adnin Roslan, Panel jemputan 2, Fynn Jamal dan turut diserikan dengan kehadiran Man Raja Lawak sebagai Moderator.
 
Progam diakhiri dengan Majlis Penutup oleh Tuan Haji Shafie bin Muhammad, Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson. Turut serta adalah barisan Pengurusan Tertinggi Politeknik Port Dickson, Tn. Hj. Hasan Bin Mohd Sharif (Pengarah), En. Abdul Rahim Bin Ibrahim (Timb. Pengarah Akademik) & En. Razali Bin Bakri (Timb. Pengarah Sokongan Akademik) bersama Ketua Jabatan Pengajian Am, Cik Umi Syahidah Binti Anuari serta ketua-ketua jabatan yang lain.