13 Februari 2024 (Selasa)
 
Tuan Haji Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson talah menerima kunjungan hormat En. Frankie Anak Esa, Ketua Pegawai AADK Daerah Port Dickson.
 
Tujuan untuk sesi suai kenal dan berbincang aspek pencegahan dan pendidikan isu penyalahgunaan dadah. Juga hasrat mengadakan kerjasama pelbagai program bagi misi pencegahan dan pendidikan penyalahgunaan dadah seperti menubuhkan Skuad AADK PPD.
 
Turut hadir, En. Abdul Rahim bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, Pn. Aniza binti Salim, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan dan Publisiti AADK Port Dickson dan En Adam bin Asri, AADK PD.