Program Lawatan Kerja Penanda Aras Program Tahfiz TVET 2024 dari agensi luar akan memberi peluang kepada Insitusi menerusi salah satu inisiatif CENTS untuk menjalinkan kerjasama dalam penawaran latihan dan kemahiran kepada pelajar tahfiz seluruh Negeri Sembilan. Selain itu, melalui lawatan ini CENTS berpeluang untuk membentangkan program-program profesional di bawah MBOT yang juga boleh ditawarkan kepada agensi-agensi luar.
 
Lawatan penanda aras dari UPEN NS dan beberapa agensi lain seperti JPK,JPNS,MAINS,MPC,UNIT LATIHAN PSUKNS adalah untuk menjalinkan kerjasama dan penawaran latihan dan kemahiran kepada pelajar tahfiz seluruh Negeri Sembilan.