01 HB Februari 2024 (Khamis)
 
Berlangsung Program Minggu Transformasi Siswa Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson bagi meraikan kedatangan pelajar baharu Sesi II 2023/2024.
Program dihadiri oleh 56 orang pelajar semester 1 yang baharu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam, Ketua Program Diploma Senibina dan para pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam yang lain.
 
Program dimulai dengan ucapan aluan daripada Ketua Jabatan kejuruteraan Awam, Ts. Dr. Hj. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman kemudiaan diikuti dengan taklimat ketua-ketua program, taklimat OBE, taklimat Peperiksaan & CTCE, taklimat Disiplin, takimat Kaunseling & Kerjaya, taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, taklimat Kelab Pelajar, dan slot bersama Penasihat Akademik.
 
Pada sebelah petang, program disambung semula dengan gotong royong EKSA yang diketuai oleh Pn Tengku Juliani bt Tengku Mamat selaku penyelaras EKSA Jabatan Kejuruteraan Awam. Program gotong royong ini melibatkan bengkel JKA, blok D dan E, dan Studio Blok Akademik.
 
Program diadakan bagi menyediakan ruang agar proses PdP dapat dilaksanakan dengan lancar dan kondusif selain dapat menjalinkan hubungan yang akrab diantara pelajar-pelajar baharu dengan para pensyarah JKA.