8 Januari 2024 (Isnin)

Perasmian Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1: 2023/2024 oleh Tn Hj. Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson di Dewan Wawasan PPD.
Kompeni Charlie Askar Wataniah dari Politeknik Port Dickson dibawah naugan Batalion Pertama Rejimen 508 Askar Wataniah telah menjadi pusat Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela(APMS) Siri 1/2024.
Kursus ini akan berlangsung bermula 5 Januari 2024 sehingga 4 Februari 2024.
 
Majllis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Lt Kol Muzapar Bin Abu Mansor, Ketua Cawangan Tadbir Rejimen 508 Askar Wataniah, Yang Berbahagia Lt Kol Norhaida Binti Mohd Khairi, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 508 AW, Yang Berbahagia Lt Kol Azlin Bin Zainal, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 508 AW , Mejar Dudy Noramzamnas Bin Abd Aziz , Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 508 AW, dan Mejar Amran Bin Abd Rahman@Wahab, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 508 AW.