PROGRAM SARAPAN PERCUMA 2.0 ANJURAN MPP PPD

18 DISEMBER 2023
 
Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Politeknik Port Dickson telah menganjurkan Program Sarapan Percuma 2.0 kepada pelajar-pelajar PPD khusus kepada pelajar yang hadir untuk menjalani peperiksaan akhir.
 
Sebanyak lebih kurang 560 bungkus makanan sarapan pagi telah disediakan. Antara menu sarapan yang disediakan adalah set sarapan Marry Brown, Roti Sandwich, Roti, kuih-muih dan biskut.
 
Turut hadir membuat edaran sarapan kepada pelajar-pelajar adalah wakil daripada pihak pengurusan PPD En. Razali bin Bakri, Timb Pengarah (Sokongan Akademik), En. Azhar bin Rostani, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ts. Bahrain bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Alumni PPD, En. Ghazali, Setiausaha Pusat Islam dan pegawai-pegawai HEP.
 
Terima kasih kepada para penyumbang iaitu:
 
i. Persatuan Alumni PPD
ii. Pusat Islam PPD
iii. MBG Fruit Shop
iv. Kafetaria A PPD
v. Kafetaria B PPD
vi. Majlis Perwakilan Pelajar PPD
vii. Sunkies Cookies
viii. Pelajar kelas DAT3B