15 Disember 2023 (Jumaat)
 
Gotong Royong - Kelestarian Politeknik Port Dickson (PPD) melibatkan warga PPD.
 
Selama 2 jam warga bertungkus lumus bersama mengutip sampah, memotong dahan kecil, menanam pokok bunga, menganGkat meja dan kerusi sumbangan Koperasi PPD, mengecat rumah kundur dan pelbagai lagi untuk melestariKan PPD.
 
"Insyaallah, tahun 2024 kita akan laksanakan dengan lebih hebat lagi", menurut En. Razali Bakri, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan turut hadir En. Abdul Rahim Ibrahim, Timbalan Pengarah (Akademik), semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit.