Program Khidmat Masyarakat (CSR) bersama Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban Negeri Sembilan pada 25 November 2023 (Sabtu).
 
Program CSR ini merupakan daripada program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam. Program ini melibatkan pelajar-pelajar dan pensyarah dari jurusan Diploma Kejuruteraan Awam (DKA).
Melalui program ini, sumbangan kepakaran tenaga kerja dalam kerja baikpulih dan pembinaan semula lantai konkrit ruang Unit Bahasa Inggeris yang telah rosak.
 
Selain itu, program ini juga menggunakan khidmat tenaga lapan belas orang pelajar DKA semester satu dan semester tiga dengan pemantauan lima orang pensyarah pakar bidang tersebut. Kesimpulannya, program CSR ini memberikan manfaat kepada pelajar DKA dapat mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari di politeknik kepada pelajar dan guru SK Dato Bandar Rasah.