PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT GOTONG-ROYONG@PUSAT PEMULIHAN INTERVENSI AWAL DALAM KOMUNITI (PDK) LUKUT, NEGERI SEMBILAN
 
26 NOVEMBER 2023 (AHAD)
 
Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Port Dickson dan Pusat Pemulihan Intervensi Awal Dalam Komuniti (PDK) Lukut telah bekerjasama erat mengadakan Program Khidmat Bakti Gotong Royong@PDK Lukut baru-baru ini.
 
Program yang julung kalinya diadakan ini telah memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar mempelajari dan menimba pengalaman dalam menguruskan organisasi, berkomunikasi dengan pihak luar dan menyumbang bakti kepada masyarakat sekitar Port Dickson.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat PDK Lukut di atas kepercayaan dan ruang yang diberikan. Sebesar-besar tahniah buat Pengarah Program, Saudara Muhammad Hariz Subhi Bin Mohd Rosli (DAD5E), Timbalan Pengarah Program, Muhammad Amirul Hafiz Anuar (DKM5A) dan Ahli Jawatankuasa serta seluruh peserta yang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program.