Research, Innovation and Design Competition (RIDeC) – 22 November 2023
 
Telah berlangsung Program RIDeC`2/23 yang melibatkan seramai 198 orang pelajar DKA & DSB, iaitu para pelajar yang mengambil kursus DCC50194 Final Year Project 2, DCA50226 Design Studio 5, dan DCA50233 Measured Drawing.
Semua projek dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada Industri (IAP), Pensyarah Universiti, Agensi dan Jabatan Luar, pensyarah–pensyarah dan Pegawai Politeknik Port Dickson.
 
Program RIDeC ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar dari segi aspek teknikal kepada perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara sejajar dengan tema RIDeC pada kali ini iaitu Generasi TVET Pemacu IR4.0.
 
Pada sesi tengahari, Majlis Bersama Panel Penilai diadakan adalah bertujuan untuk meraikan para panel penilai yang telah bertungkus lumus dalam menilai projek-projek inovasi pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Pengarah Akademik En. Abdul Rahim Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik En Razali bin Bakri dan Ketua-Ketua Jabatan lain yang telah turut sama memeriahkan suasana dan menjayakan Majlis Perasmian Penutup Program RIDEC 2/2023.