21 November 2023 (Selasa)
 
Telah berlangsung pembentangan oleh 2 kumpulan pelajar Diploma Senibina PPD di PAMSC Design Festival 2023 Student Competition pada 17 November 2023 (Jumaat) di Dewan Masyarakat Kuching Selatan, Kuching, Sarawak.
 
Dua (2) kumpulan pelajar yang diiringi oleh En Ahmad Qusyairi Ahmad Khairiri, telah terpilih sebagai finalis di samping 4 kumpulan pelajar lain yang terdiri daripada beberapa institusi seperti UTM, UITM, UNIMAS dan UMS.
 
PPD telah memperoleh Saguhati tempat ke 4 dan 5 bagi pertandingan tersebut. Penyertaan ini telah membuka peluang kepada pelajar menimba pengetahuan dan pengalaman dalam memberikan persembahan yang terbaik di samping dapat menjalin hubungan baik bersama institusi lain dan Pertubuhan Akitek Malaysia.