18 November 2023 (Sabtu)
 
Kelab Seketariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson melaksanakan Program Jalinan Bersama Warga Emas di Rumah Sejahtera Rembau. Penghuni Rumah Sejahtera terdiri daripada 14 Melayu, 14 India Dan 3 Cina, kesemuanya adalah wanita.
Aktiviti gotong royong dijalankan di kawasan rumah, tempat sembahyang, halaman rumah dan transit. Hiburan nyanyian dan seni kraf bersama pelajar Politeknik PD.
 
Majlis penutup disempurnakan oleh En Noorulhuda Pegawai Belia Dan Sukan Daerah PD. Turut Hadir Penasihat SRM Yusnizam,vAJK Kelab, Pemilik Rumah Sejahtera En Ramesh Patel dan 2 orang Warden iaitu Bibi Shafiza dan Siti Nur Asiah. Sedikit sumbangan barangan dapur diserahkan kepada Rumah Sejahtera.