8 November 2023 (Rabu)

Telah berlangsung Sambutan Mengingati Nabi Muhammad Rasullullah Peringkat Politeknik Port Dickson 2023/1445H di Dewan Utama Pusat Islam, Politeknik Port Dickson.
 
Antara aktiviti sambutan ialah Forum (Slot 1) - "Jom Jadi Muslimah Yang Mencintai Rasullah" dengan ahli panel, Dr. Fafidah binti Mohd Ali, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UITM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dan Ustazah Rosmawati binti Razak, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Port Dickson serta moderatornya Ustazah Umi Rasyidah Anuari, Ketua Jabatan Pengajian, Politeknik Port Dickson.
 
Jom kita saksikan pula Forum Slot 2 - "Muhammad Rasullullah Sentiasa Di HatiKu", ahli panelnya Ustaz Mohd Najib bin Khasim pada 16 November 2023 (Khamis), jam 7.30 malam di tempat yang sama.