Selayang Pandang

 

Politeknik Port Dickson (PPD) mula beroperasi pada tahun 1990 dan merupakan politeknik yang ke-6 daripada 36 buah politeknik yang terdapat di seluruh Malaysia. Setelah lebih dua dekad beroperasi di Teluk Kemang, kini Politeknik Port Dickson menawarkan 14 program peringkat Diploma. 

Politeknik Port Dickson terdiri daripada 6 jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Pengajian Am (JPA), Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dan 2 jabatan sokongan akademik iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Jabatan Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan (JSKK).