Adalah dimaklumkan bahawa transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian rasmi bagi pelajar lulus penuh Sesi II : 2023/2024 (TERMASUK PKLI DAN FASA 2) boleh dituntut bermula 9 September 2024 menggunakan 2 kaedah seperti butiran berikut:

KAEDAH 1: EDARAN DI KAUNTER UNIT PEPERIKSAAN

Tarikh    : Mulai 9 September 2024  (Hari bekerja) - Tiada had tarikh
Masa     : 9.00 am - 1.00 pm (Isnin-Khamis) / 9.00 am - 12.00 pm (Jumaat)
                 2.00 pm - 4.30 pm (Isnin-Khamis) / 2.45 pm - 4.30 pm (Jumaat)
Tempat : Unit Peperiksaan, Politeknik Port Dickson

** Pelajar yang tidak dapat hadir untuk mengambil Transkrip sendiri boleh mewakilkan individu lain dengan mengisi PAUTAN BERIKUT:  https://tinyurl.com/yrd7x974

KAEDAH 2 : PENGEPOSAN
Pelajar yang tidak dapat hadir ke Unit Peperiksaan untuk pengambilan surat tamat pengajian dan transkrip rasmi boleh membuat permohonan pengeposan.
Sila rujuk panduan pengeposan berikut:  Klik DI SINI

Jika terdapat sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Peperiksaan di talian 06-6622037.