Pengenalan
Unit Kewangan dan Perolehan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di Politeknik Port Dickson. Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan, Perolehan, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan, Pembayaran Bil dan Tuntutan, Pengurusan Gaji, Pengurusan Pinjaman, Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil mengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
Objektif
- Melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti Politeknik Port Dickson.
- Memastikan pengurusan kewangan dan akaun dilaksanakan mengikut Akta Prosedur kewangan, pekeling kewangan dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.
Skop Perkhidmatan
Unit Kewangan dan Perolehan mempunyai fungsi-fungsi utama seperti berikut:
1. Pengurusan Akaun dan Kewangan
- Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem 1GFMAS bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
- Menyedia dan menyelaras Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
- Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
- Menguruskan Pinjamna Kenderaan dan Komputer.
2. Pengurusan Gaji
- Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan PPD.
- Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
3. Pengurusan Perolehan
- Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga di peringkat jabatan.
4. Pengurusan Hasil
- Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil jabatan.
- Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
- Pengurusan Tunggakan Hasil.
Direktori
UNIT KEWANGAN
- No. Telefon: 06-662 2049
- E-Mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Drive Info Perolehan