28 JULAI 2024 (Ahad)
 
Kem Penilaian Anugerah Baden Powell (B-P) sempena Istiadat Perbarisan & Penganugerahan (IPP) Negeri Kelanasiswa Malaysia (KSM) Peringkat Kebangsaan kali ke-8 Tahun 2024 yang dilaksanakan pada 26 – 28 Julai 2024 menyaksikan kejayaan 2 calon Kelanasiswa Daerah Politeknik Port Dickson. Saudari Nur Mizan Qystiena Binti Mohd Faidzol dan saudari Nurul Hana Binti Mat Rodzi telah dianugerahkan Anugerah Baden Powell Tahun 2024 pada Majlis IPP tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin bin Bidin, Ketua Pengakap Negara.
 
Anugerah B-P adalah anugerah tertinggi dalam pengakap kelana. Kejayaan melepasi semua penilaian yang diberikan semasa kem Penilaian Anugerah B-P diantaranya adalah penilaian ikatan Bushman's Thong, komponen kepengakapan dan kenegaraan, projek model perintis, perkhidmatan, pengucapan awam, simulasi bencana alam, pengurusan acara, folio dan khidmat masyarakat.
 
Seramai 20 calon Anugerah B-P Tahun 2024 Negeri Kelanasiswa Malaysia terdiri daripada KSM Politeknik Kota Bahru, KSM Politeknik Port Dickson, KSM Universiti Kebangsaan Malaysia, KSM Universiti Malaya dan Tuan rumah KSM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Tahniah kepada Saudari Nur Mizan Qystiena binti Mohd Faidzol dan saudari Nurul Hana binti Mat Rodzi penerima Anugerah Baden Powell Tahun 2024 yang telah mengharumkan nama Politeknik Port Dickson.